dari blog Skuad Dun Batu Caves
Susulan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dalam blog Malaysia Today perihal rakaman video pendedahan "skandal pembunuhan Altantunya" oleh Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam, maka ternyata kini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bagai "cacing kepanasan".
Biarpun isterinya, Rosmah Mansor mengatakan segala maklumat terbaru itu tidak menganggu tugas-tugas Najib dan dianggap sebagai tuduhan liar yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan suaminya itu. Malah Rosmah juga ada berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau dan sebagai isteri perdana benteri, beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna serta baik untuk masa depan.
Begitulah kenyataan seorang isteri pemimpin yang kini mungkin tidak lena tidur akibat dibuai oleh mimpi-mimpi ngeri jelmaan "Altantunya Shariibuu". Umum melihat, biarpun kes itu seolah-olah sudah ditutup rapat-rapat bilamana dua "kambing hitam" iaitu Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dihukum gantung oleh mahkamah hujung tahun lalu. Namun, sehingga kini rakyat masih sangsi dengan keputusan tersebut, tambahan pula pabila dalang disebalik skandal ini iaitu Razak Baginda dibebaskan oleh mahkamah. Sedangkan, kedua-dua tertuduh itu sebenarnya kemungkinan besar mendapat arahan daripada Razak sendiri.
Manakala Razak pula sudah pasti mendapat arahan pihak atasan atau "Boss"nya. Malah, di mahkamah sendiri, Razak ada menjelaskan bahawa Altantunya mengugut beliau dan meminta diberi bayaran ratusan ribu ringgit. Soalnya, kenapa tuntutan itu dilakukan oleh Altantunya?. Apakah beliau hanya "berseronok" meminta wang daripada Razak tanpa ada apa-apa perjanjian yang dimeterai sebelum itu?. Kenapa pihak polis tidak mahu menyiasat kaitan perkara ini agaknya?
Altantunya Terperangkap Disebalik Janji Palsu
Inilah yang menimbulkan persoalan dan kesangsian dihati rakyat sebenarnya. Malah, kenapa nama-nama Najib Razak sering disebut oleh saksi-saksi terutamanya sepupu Altantunya sendiri. Anehnya, kenapa pula pihak hakim, pendakwaraya dan peguambela tertuduh pula menghalang Amy (sepupu Altantunya) mengemukakan gambar bukti kelibat Altantunya dengan pemimpin negara yang dipercayai Najib Razak itu?.
Bukankah semua ini berpunca daripada skandal pembelian peralatan pertahanan negara yang dipercayai menelan ratusan juta ringgit. Malah, pembelian yang dilakukan dengan negara Perancis itu pula agak pelik kerana menggunakan "sebuah syarikat broker" yang mendapat "untung atas angin" bernilai ratusan juta ringgit. Pembelian yang sepatutnya berlaku antara kerajaan dengan kerajaan "goverment to goverment" dibuat melalui broker yang ada kena mengena pula dengan Razak Baginda pula.
Bukankah ini menguatkan lagi firasat rakyat bahawa kes ini masih ada "rahsia besar" yang belum dirungkaikan sebenarnya. Benarlah juga bagai dikataka Altantunya adalah "jurubahasa" untuk semua rundingan pembelian kelengkapan tentera ini sebenarnya. Maka itulah beliau dipercayai ditawarkan dengan "ganjaran lumayan" sekiranya perjanjian pembelian itu dimeterai. Inilah dia "skrip asal" yang bermain difikiran rakyat.
Kemudian timbul pula isu "anak Altantunya" yang dipercayai hasil hubungan sulitnya dengan individu terbabit "dipercayai suaminya". DNA yang dikatakan dilakukan terhadap anak Altantunya di Monggolia langsung tidak diambil biarpun katanya ia dilakukan. Hasilnya, memungkinkan Altantunya memberontak gara-gara wang ganjaran penuh yang dijanjikan tidak ditunaikan.
Malahan beliau pula dipermainakan oleh pihak yang berkenaan. Maka itu juga, kemungkinan besar dek kerana beliau ingin mendedahkan pasal "kandungan dan anak" tersebutlah, akhirnya terdapat arahan agar "menghapuskan" beliau demi maruah negara yang akan tercemar sekiranya "rahsia besar" itu didedahkan.
Video Pendedahan Bala, Fitnah Atau Kebenaran
Semua ini adalah bersandarkan maklumat dan perjalanan kes yang dilakukan di mahkamah sebenarnya. Justeru itu, perkara seperti ini tidak wajar diistilahkan sebagai "fitnah", kerana ia bermain difikiran setiap hamba rakyat yang mengikuti rentetan perjalanan kes ini sebenarnya.
Lantaran itu jugalah, pendedahan terbaru yang dibuat melalui video eksklusif Balasubramaniam (foto), itu menandakan bukti jelas kes ini perlu dibuka semula. Sirul dan Azilah perlu dibenarkan untuk membela diri mereka daripada pertuduhan.
Soalnya sekarang, sebagai anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) kedua-dua tertuduh sudah pasti mendapat arahan daripada pihak atasan. Masakan pula mereka membunuh Altantunya "sesuka hati" begitu sahaja. Inilah yang perlu dibongkarkan sebenarnya. Supaya dunia melihat kes jenayah seperti ini mendapat pembelaan sewajarnya di negara kita.
Sirul dan Azilah pula dikatakan adalah "polis pengiring" pemimpin negara. Oleh itu, bukankah agak jelas dan mempunyai alasan yang kukuh untuk mengaitkan beliau yang didedahkan oleh Balasubramaniam dengan kes ini?. Rakyat melihat apa yang berlaku didepan mata mereka. Undang-undang ada kalanya boleh dipermain dan diperalatkan.
Namun, suara rakyat adalah suara keramat yang akan menghukum mereka yang terlibat itu sebenarnya. Kita tidak hairan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berteka teki untuk mengambil keterangan daripada Bala seperti yang didedahkan oleh Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat, Samsul Iskandar Md Akin baru-baru ini. Mungkin mereka takut, bertemu dan mengambil keterangan dari Bala bakal mengundang "bala yang lebih besar" dalam kerjaya mereka selepas ini. Akhirnya, kes ini akan dibiarkan tanpa pembelaan yang sewajarnya oleh sistem kehakiman di negara kita.
Dendam Terhadap Anwar Semakin Membara
Malahan, pendedahan Bala tentang beliau diugut, dihantar ke luar negara dan ditawarkan ganjaran lumayan oleh nama-nama yang disebut oleh beliau dalam pendedahannya itu juga masih belum dipanggil oleh pihak SPRM sendiri.
Apakah mereka takut untuk berpijak di bumi yang nyata, lantaran membiarkan begitu sahaja keterangan dan akuan ini agaknya?. Begitu juga pihak polis sendiri. Apakah mereka menganggap pendedahan terbaru Bala ini sebagai fitnah semata-mata dan tidak perlu dilayan?.
Mereka lebih berselera melayan kenyataan dan akuan Saiful Bukhari bahawa dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim daripada satu akuan kes yang cukup besar seperti ini. Maruah negara tercalar dek kerana, terdapatnya amalan undang-undang yang cukup "double standard" di Malaysia ini sebenarnya.
Malahan biarpun kes Altantunya sudah diputuskan oleh mahkamah, tetapi "rakyat adalah hakim negara". Mereka lebih bijak menilai dan mengadili sesuatu kes daripada hakim-hakim yang boleh dijual beli sekarang ini. Lantaran itu jugalah mereka melihat kes "liwat II" yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan dengan Anwar Ibrahim itu adalah satu tindakan "balas dendam" Najib Razak terhadap Ketua Pembangkang itu sebenarnya.
Akhirnya Anwar dinafikan hak sebagai rakyat Malaysia untuk mempertahankan diri dan menuntut keadilan. Segala dokumen dan laporan berkaitan tidak dibenarkan untuk diserahkan salinannya kepada barisan peguam Anwar. Maka, apa yang mahu dibela oleh mereka jika ada bukti-bukti palsu yang direka cipta dibawa ke mahkamah nanti agaknya?.
Atas ketakutan pendedahan Bala ini juga, membawa kepada kejadian yang berlaku di Dewan MBPJ Taman Sri Manja, Petaling Jaya malam tadi.
Beratus anggota polis "menggempur" dewan tersebut semata-mata untuk menghalang orang ramai dari mendengar penerangan tentang kes perbicaraan Anwar Ibrahim. Malah, salah seorang pemimpin PKR iaitu Khairul Anwar (Jonah) telah ditahan polis kerana mengedarkan risalah tentang kes Anwar ini. Difahamkan beliau akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk membolehkan tahanan reman dibuat terhadap dirinya. Apa yang jelas dapat dilihat oleh rakyat ialah betapa takutnya pihak terbabit dengan "kebenaran" yang mahu diberikan.
Biarpun Anwar yang belum terbukti bersalah, malah kesnya juga yang dilihat bercelaru itu dibicarakan tetapi kerajaan UMNO dan BN pimpinan Najib Razak mahu rakyat percaya bahawa Anwar memang sudah bersalah dan "kaki liwat". Ini jelas berjaya ditanamkan kepada puak-puak UMNO dan BN, tetapi tidak buat rakyat keseluruhannya. Dalam masa yang sama juga, mereka mahu rakyat percaya bahawa Najib Razak dan Rosmah Mansor memang tidak terlibat dengan kes pembunuhan Altantunya Shariibuu itu sebenarnya.
p/s:Kesimpulannya, dunia sudah terbalik sekarang ini pabila kebenaran cuba ditutup rapat tetapi kezaliman cuba diselewengkan supaya rakyat melihat itulah kebenaran sebenarnya.
Inilah yang dikatakan undang-undang rimba yang cukup zalim buat rakyat. Kezaliman ini disokong pula oleh beberapa kerat hakim Mahkamah Rayuan yang telah "dibela" oleh kerajaan untuk memastikan mereka senantiasa menang dalam apa jua kes besar yang boleh menjatuhkan maruah mereka.
Hasilnya, kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku di negara kita sekarang ini. Sistem keadilan jelas sekali telah dirobek oleh mereka-mereka yang rakus untuk terus berkuasa. Hanya rakyat sahaja yang dapat menentukannya dalam pilihanraya umum akan datang. Kerajaan yang adil perlu disokong tetapi kerajaan yang zalim dan menindas rakyat perlu ditentang habis-habisan demi masa depandari blog Skuad Dun Batu Caves
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
15 OKT — Nampaknya perempuan yang tidak memakai tudung di Malaysia sudah menjadi spesies yang terancam. Soalnya diancam oleh apa dan siap...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Najib Dendamnya Terhadap Anwar Ibrahim Dan Pakatan Rakyat Semakin Membara !"