MP yg datang semasa Kelulusan Bajet 2010 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

MP yg datang semasa Kelulusan Bajet 2010

Ceritadebaran Isnin malam di Dewan Rakyat yang menyaksikan BN berjayamendapat kelulusan bajet 2010 dengan hanya kelebihan tiga undi masihbelum reda.

Di pihak pembangkang, banyak juga ceritanya.Penyokong mereka kecewakerana Ahli Parlimen pembangkang tidak hadir dalam jumlah yang penuhkerana jika itu berlaku keputusan pengundian mungkin akan menyaksikankeadaan yang amat menyulitkan pihak kerajaan.

Apabila berita tersebut disiarkan, pelbagai komen diberikan. Adayang kecewa dengan perkara berlaku dan tidak kurang juga mahumengetahui siapakah kalangan Ahli Parlimen BN yang hadir pada malampengundian dijalankan.

Berdasarkan rekod Parlimen, daripada 66 Ahli Parlimen BN yanghadir, tujuh orang adalah Menteri, 20 Timbalan, dua Timbalan Speakerdan 37 ahli penyokong kerajaan (BNBBC).

Tujuh menteri tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd NajibTun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat, Menteri di JPM, DatukSeri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow TiongLai, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin FahKui dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Manakala Timbalan Menteri yang hadir pula ialah Datuk Dr AbdulLatif Ahmad, Datuk Wira Johari Baharom, Datuk Wira Abu Seman HajiYusop, Datuk Yong Khoon Seng, Datuk Rohani Karim, Datuk Wira Chor CheeHeung, Wee Jeck Seng, Datuk Robert Lau, Datuk Joseph Salang Gandum,Joseph Entulu Belaun, Datuk Dr Wee Ka Siong, Jelaing Mersat, FadillahYusof, Datuk Tan Lian Hoe, Saifuddin Abdullah, Datuk Hassan Malek,Datuk Abdul Rahim Bakri, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk M. Saravanan danDatuk Liew Vui Keong.

Menariknya bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri SulaimanAbdul Rahman Abd Taib (Kota Samarahan) yang kini berstatus penyokongkerajaan turut hadir menyokong kelulusan bajet berkenaan.

Selain beliau, Ahli BNBBC yang berjumlah 80 orang semuanya, yanghadir cuma seramai 37 sahaja yang hadir manakala tidak hadir seramai 41orang.

Mereka ialah Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Datuk MohdNasir Ibrahim Fakri Kuala Nerus), Datuk Abdul Manan Ismail (PayaBesar), Datuk Paduka Abu Bakar Taib (Langkawi), Salleh Kalbi (Silam),Datuk Abd Rahman Dahlan (Kota Belud), Alexander Nanta Linggi (Kapit),Aaron Ago Dagang (Kanowit), Yussof Mahal (Labuan), Datuk Abd RahmanBakri (Sabak Bernam), Datuk Lillah Yasin (Jempol), Datuk Raime Unggi(Tenom), Ding Kuong Hiing (Sarikei), Hasbi Habibollah (Limbang),Sairingan Gubat (Ranau).

Mohd Nizar Zakaria (Parit), Masir Kujat (Sri Aman), Datuk SapawiAhmad (Sipitang), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Chua Tee Yong(Labis), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Datuk Wira Ahmad Hamzah(Jasin), Matulidi Jusoh (Dungun), Datuk Mohamed Aziz (Sri Gading),Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed (Sepang), Datuk Shahrir Abdul Samad(Johor Bahru).

Datuk Ismail Abd Mutalib (Maran), Ir Hamim Samuri (Ledang), DatukBaharum Mohamed (Sekijang), Datuk Dr Abdullah Md Zin (Besut), DatukIsmail Kasim (Arau), William@Nyallau Badak (Lubok Antu), Datuk IsmailMohamed Said (Kuala Krau), Datuk Halimah Sadidque (Tenggara), DatukMohd Jidin Shafee (Setiu), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) danDatuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).

Dua lagi Timbalan Speaker iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar(Santubong) dan Datuk Ronald Kiandee (Beluran) turut mengundi ataskedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen BN dan penyokong kerajaan.

Pak Lah dan Khairy pon tak datang ker?
Ibrahim Ali tu pon tak datang
0 Komentar untuk "MP yg datang semasa Kelulusan Bajet 2010"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI