Lelaki Harapan Dunia Bolot Anugerah Festival Filem Malaysia ke-27 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Lelaki Harapan Dunia Bolot Anugerah Festival Filem Malaysia ke-27




KUALA LUMPURFilem Lelaki Harapan Dunia arahan Siew Seng Tat diangkat sebagai filem terbaik pada malam Anugerah Perdana, Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, malam Sabtu.

Kemenangan tersebut sekali gus menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Terbaik Dari Langit. 

Sebanyak 20 anugerah disampaikan pada malam kemuncak FFM 27 ini.

Selain itu, Siew Seng Tat turut meraih trofi Pengarah Terbaik dan Cerita Asal Terbaik manakala pelakon cilik Rayqal Iskandar berjaya meraih anugerah Pelakon Kanak Kanak Terbaik.


Lee Sai Peng memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Journey sementara Fazura bersama trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Sebelum itu, pada malam perasmian FFM 27 yang berlangsung pada Selasa lalu, Lelaki Harapan Dunia turut merangkul anugerah  Penataan Seni Terbaik yang dimenangi Tunku Mohd Taufek/Tunku Tommy Mansur.

Filem The Journey berjaya merangkul empat anugerah iaitu Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu, Pelakon Lelaki Terbaik (Lee Sai Peng), Sinematorgrafi Terbaik (Eric Yong) dan Filem Box Office.

Fazura pula dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.Para pemenang menerima trofi bersalut emas sumbangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) yang menggantikan wang tunai berbanding sebelum ini.

Selain itu, anugerah Karyawan Sepanjang Zaman diberi kepada pengarah Othman Hafsham.

Hadiah pemenang utama disampaikan oleh  pengarah filem,  Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Pansha Nalliah.

FFM 27 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Turut hadir, Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Indah Ruhaila, Hazama, Najwa Mahiaddin, Amir Jahari, Joe Flizzow & Sonaone dan Amy (Search).

Terdahulu 10 anugerah telah disampaikan pada malam perasmian di Symphony Lake Suite, KLCC, malam Selasa lalu.

Berikut ini senarai 20 pemenang utama  malam kemuncak FFM 27:1. Filem Terbaik : Lelaki Harapan Dunia

2. Pengarah Terbaik : Siew Seng Tat -Lelaki Harapan Dunia

3. Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu : The Journey

4. Pelakon Lelaki Terbaik : Lee Sai Peng - The Journey

5. Pelakon Wanita Terbaik : Nur Fazura - Manisnya Cinta Di Cappadocia

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Amirul Affendi -Terbaik Dari Langit

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Nadiya Nisaa - Terbaik Dari Langit

8.  Pelakon Harapan Lelaki : Kodi Rasheed - Ophilia

9. Pelakon Harapan Wanita : Dawn Cheong - Cuak

10. Pengarah Harapan : Raja Mukhriz - Ophilia

11. Lakon Layar Terbaik : Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

12. Cerita Asal Terbaik :  Siew Seng Tat -Lelaki Harapan Dunia

13. Pelakon Kanak Kanak Terbaik :  Rayqal Iskandar - Lelaki Harapan Dunia

14. Sinemortografi Terbaik : Eric Yeong - The Journey

15. Penyunting Terbaik : Adilan Azemi - Dollah Superstar

16. Filem Box Office : The Journey

17. Karyawan Sepanjang Zaman : Othman Hafsham

18. Anugerah Khas Juri 1 : The Great Lion

19. Anugerah Khas Juri 2 : Amir & Loqman Pergi Ke Laut

20. Anugerah Khas Juri 3 : Terbaik Dari Langit
0 Komentar untuk "Lelaki Harapan Dunia Bolot Anugerah Festival Filem Malaysia ke-27"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI